Daun Avokado tidak sesuai sebagai herba untuk wanita yang mengandung. Ia beracun dan boleh membunuh haiwan ternakan (jika banyak dimakan) seperti lembu. Minyak monotepu Avokado mempunyai kesan antikolestrol. Buah yang belum masak beracun.
ASAL
Avokado berasal dari kawasan Amerika Tengah, dan kini ia ditanam di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika.
CIRI-CIRI MORFOLOGI
Pokok sederhana besar, 20m tinggi, tetapi di Malaysia jarang-jarang melebihi 10m tinggi.
Daun ringkas, susunan selang-seli, panjang 6-30cm, lebar 3-20cm, permukaan atas warna hijau tua, bawah hijau muda.
Bunga lebar 1.25cm, warna kuning kehijau-hijauan, wangi, terdapat pada jambak bunga sepanjang 6-20cm.
Buah berjuntai, bulat, bujur telur atau bentuk buah pir, panjang hingga 20cm dan lebar 15cm, hijau semasa muda, ungu atau hampir hitam setelah masak, kulit buah licin atau kasar, satu biji besar dank eras di dalam satu buah.
loading...
CARA HIDANGAN
Buah masak dimakan mentah dengan dicampur sedikit gula pasir halus atau gula melaka, dimasukkan dalam salad sayur dan buah, serta dibuat jus minuman. Ia merupakan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak kerana isinya mudah dihadam. Isinya bertekstur seperti mentega kerana mengandungi banyak lemak; rasanya tidak masam dan tidak manis
KHASIAT MAKANAN
Buah: [berbeza-beza mengikut jenis kultivar (isi 100g)]-65-86g air, 3.4-5.7g karbohidrat, 1-4g protein, 5.8-23g lemak, 0.8-1.0g besi, 75-135 IU vitamin A, 1.5-3.2mg vitamin B kompleks dan karotinoid. Lemak avocado mengandungi banyak minyak monotepu.
Daun: metil-cavikol, d-alfa-pinen dan asid hidrosianik
loading...
KHASIAT UBATAN
Biji: Dijadikan serbuk lalu disapu pada buasir
Buah: Kulitnya dicampur air yang mendidih lalu diminum semasa perut kosong untuk mengatasi masalah cacing dalam perut dan usus.
Daun: Air rebusan diminum untuk menghentikan cirit-birit, sebagai tonik pencuci darah, mengatasi selsema, disapu pada tempat sakit reutisme dan sakit lain, dijadikan air mandian untuk mengatasi demam panas, sakit-sakit badan dan sendi.
- Daun dipanaskan dan diletakkan pada dahi untuk rawatan sakit kepala.
- Daun dan kulit direbus lalu diminum untuk rawatan batuk, bengkak permukaan kerongkong dan lubang hidung, banyak kahak, tekanan darah tinggi, penyakit hati dan merangsang haid.
- Teh daun avokado diminum untuk menghentikan cirit-birit, menurunkan tekanan darah, melawaskan buang air kecil, mengeluarkan angin dalam perut dan usus dan mengeluarkan kahak. Teh herba daun avokado dicampur biji avokado diminum untuk menghentikan cirit birit. Air rebusan daun avokado dicampur daun durian belanda, daun limau nipis dan daun asam jawa lalu diminum untuk rawatan selsema.
KEGUNAAN LAIN
Minyak Avokado digunakan dalam industri kosmetik seperti sabun, syampu dan produk penjagaan kulit. Buah yang belum masak dicencang dan dicampur ke dalam keju. Bahan ini boleh digunakan sebagai racun tikus dan mencit.
Penjagaan Kesihatan & Perawatan Alternatif
BACA JUGA
loading...
0 Ulasan